Friday, November 19, 2010

Permata Hati,Lindungi Mereka..













Sebelum saya nak teruskan penulisan kali ni,saya nak perkenalankan dahulu permata hati saya.Namanya ialah Mohammad arif iskandar.tetapi nama glamer dia ADAM.berumur 3 tahun dan gambar ni diambil selepas dia baru sahaja potong rambut.dan tukang kedai tu panggil dia Upin sebab botak macam upin.Tapi dia boleh pulak marah tukang gunting rambut tu dan kata bukan upin lah,ini adam..He.he...bleh gelak bila tengok macam2 ragam permata hati kita ni.Oklah baik kita terus kepada tajuk utama kita iaitu PERMATA HATI,lindungi mereka.kenapa saya memilih tajuk ini kerana beberapa hari yang lepas saya ada terbaca di keratan akbar harian metro mengenai pembuangan bayi.


dan apabila membaca artikel ni saya berasa manusia memang semakin kejam.Setiap hari akan ada sahaja pembuangan bayi seperti ini.Jika difikirkan mengapa ibu dan bapa kepada bayi comel ini sanggup meninggalkan anak mereka ini.dan diletakkan didalam kotak minuman.Apakah perasaan naluri seorang ibu apabila dia membuang bayi nya sendiri.Tidak berhati perutkah mereka ini atau fikiran masih dibelengu dengan dosa2 silam atau malu untuk berhadapan dengan masyarakat????Apakah salah atau dosa bayi ini untuk dibuang begitu sahaja.bayi ini juga mempunyai hak untuk hidup seperti bayi2 yang lain.dan berhak untuk mendapat kasih dan sayang dari kedua2 ibu bapa nya.Jadi mengapa perlu membuang darah daging mereka sendiri.dan jika rasa bersalah pun,berilah anak2 ini kepada sesiapa yang keinginan seorang anak.ramai lagi manusia di Malaysia ini yang masih lagi menginginkan seorang bayi atau anak angkat.Tidak pun kita mempunyai kementerian pembangunan wanita dan masyarakat melalui talian NUR - 15999 untuk membantu kepada yang memerlukan.dan NGO seperti PEKERTI dapat membantu jika ada bakal ibu yang menhadapi masalah sama.Jadi mengapa perlu membuang atau membunuh bayi2 ini.?Sedar lah bayi2 ini tidak bersalah atau berdosa.Berilah mereka peluang untuk terus menikmati kehidupan dunia ini yang hanya sementara.Percayalah setiap masalah ada jalan penyelesainya.Hanya perlu tabah menghadapi nya dan terima segala kritikan.BERTANGGUNGJAWABLAH ATAS APA YANG TELAH KITA LAKUKAN.....

membasmi kekejaman manusia.




Saturday, November 13, 2010

Mengapa perlu KEJAM????

Disinilah permulaan mengapa saya ingin membina blog 'MANUSIA SEMAKIN KEJAM'.Semakin hari,ada sahaja kejadian jenayah yg melibatkan pembunuhan dan kecederaan.Dan menyedihkan ia melibatkan golongan wanita dan remaja perempuan.Adakah patut atau wajar manusia dilayan sebegini rupa?cuba lihat atikel HARIAN METRO dibawah,seorng remaja ditikam hanya kerana beg duit yang hanya mengandungi RM60-70 sahaja.Patutkah remaja itu ditikam sebanyak 4 kali hanya kerana RM60 ini?Dimanakah nilai nyawa seseorang itu?pasti kita semua tiada jawapan bg solan itu kerana manusia kini sanggup mengetepikan akal fikiran dan iman untuk memenuhi kehendak diri sendiri.Dan saya rasa sudah tiba masa nya Kerajaan mengambil tindakan yang lebih proaktif bagi menangani kejadian2 seperti ini.dan jika ia terus begini,suatu hari nanti mak, isteri,anak2 atau adik beradik kita pasti akan menjadi mangsa kepada penjenayah2 ini.Oleh itu,buat semua warga MALAYSIA tidak kira lelaki atau wanita sentiasa lah berhati-hati walau dimana anda berada kerana kini MANUSIA SEMAKIN KEJAM........ 

PERAGUT!!!!!

myMetro




Pinggang gadis dirodok peragut

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

anbia@hmetro.com.my




KUALA LUMPUR: Pinggang dan belakang seorang gadis dirodok empat kali dengan pisau selepas dia cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut dua lelaki bermotosikal ketika berjalan bersama rakannya di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Tsu Ai Ling, 19, terbaring berlumuran darah sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan akibat kecederaan serius pada buah pinggang.



Rakannya Mei Ching, 17, berkata ketika kejadian, dia dan Ai Ling berjalan di bahu jalan berhampiran jejantas di tempat kejadian apabila dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal.



Katanya, lelaki yang membonceng motosikal merentap beg tangan dipegang rakannya itu.



“Bagaimanapun, Ai Ling bertindak berani dengan melawan dan cuba menghalang beg tangannya daripada diragut menyebabkan berlaku tarik-menarik.



“Ketika itu lelaki terbabit membuka topi keledar sebelum memukul Ai Ling berulang kali,” katanya Menurutnya, lelaki terbabit yang masih gagal mendapatkan beg tangan rakannya itu mengeluarkan sebilah pisau sebelum menikam pinggang rakannya itu empat kali.



“Tindakan itu menyebabkan rakan saya menjerit kesakitan sebelum melepaskan beg tangannya. Darah ketika itu banyak keluar.



“Lelaki terbabit kelam-kabut memecut melarikan diri dengan meninggalkan topi keledar dan pisau yang digunakan menikam rakan saya,” katanya.



Menurutnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu menghubungi ambulans sebelum Ai Ling dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dia yang terkejut dan ketakutan ketika menyaksikan kejadian itu gagal mengecam atau mengingati nombor pendaftaran motosikal ditunggangi dua lelaki terbabit. “Saya tidak sangka lelaki itu bertindak kejam dan berniat mahu membunuh rakan saya hanya kerana gagal mendapatkan beg tangan yang berisi wang antara RM60 hingga RM70,” katanya ketika ditemui di PPUM, semalam.



Difahamkan, mangsa ditikam dua kali di buah pinggang kiri dan satu tikaman pada sebelah kanan serta belakangnya.



Mangsa dilaporkan masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.



Sementara itu, sepasukan anggota Unit Polis Forensik Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.



Anggota forensik cuba mengesan kesan tinggalan cap jari pada dua topi keledar milik suspek selain pisau yang ditinggalkan di tempat kejadian.



Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid yang dihubungi mengesahkan berhubung kejadian ragut bersenjata itu sambil menyifatkan perbuatan itu keterlaluan.



Menurutnya, polis kini memburu kedua-dua suspek selain akan mengambil keterangan mangsa sebaik mangsa pulih.



“Saya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.